Apa itu Wordpress?

Salam dan apa khabar pembaca ?Hari ni kita akan belajar “Apa itu wordpress dan cara menggunakannya”.
Seperti yang telah ramai tahu selain dari blogspot,wordpress adalah blog yang sangat popular juga.

WordPress ialah sebuah content management System yang terhasil dari PHP dan MySQL .
Ianya adalah percuma untuk digunakan oleh sesiapa sahaja kerana ia adalah Open Source.So ikut suka la korang nak guna kat mana sekali pun untuk apa sekali pun.
Ia mempunyai banyak kelebihan dan sokongan dari segi themes, plugin dan sebagainya.Jadi ramai orang cipta themes, cipta plugin, saling lengkap melengkapi.
WordPress digunakan hampir 14.7% dari Alexa Internet‘s dan menjadi “top 1 juta” websites di dunia! pehhh..Ini bermakna pengguna yang menggunakan wordpress untuk membuat blog adalah ramai!. Selain wordpress banyak lagi CMS lain yang boleh digunakan untuk membuat blog, namun wordpress paling popular.

Ia mula dibangunkan pada tahun 2003 oleh Matt Mullenwegdan Mike Little.Dan apabila version 3.0 dilancarkan, ia telah dimuaturun sebanyak 65 juta kali dari seluruh dunia!
WordPress ni sebenarnya terbahagi kepada dua jenis, satu diorg host kan untuk korang. maknanya percuma sama macam Blogspot tu.Cuma bezanya diorg kontrol sikit jadi korang tak banyak pun boleh buat just guna yang diorg sediakan je (Maksud aku dari segi themes, plugin, widget dan sebagainya)
Manakala satu lagi pula ialah korang host sendiri, Maknanya korang punya kebebasan maksimum untuk ubahsuai ke apa ke.So kat bawah ni aku sediakan detail perbezaan kedua-duanya.
WordPress.com vs WordPress.org
WordPress.com
Kelebihan :
  • Ianya percuma dan sangat mudah untuk mulakan.Tak payah pening-pening
  • Segala bantuan technical ditanggung beres dan anda terpelihara dari serangan hackers kerana blog korang pun simpan dalam hosting diorg.
  • Blog korang walaupun ramai user buka, namun ia maintain takkan jem sebab sume tu ditanggung oleh server wordpress.com
Kekurangan :
  • Korang cuma boleh guna themes yang diorg sediakan je…
  • Tak boleh ubahsuai code php. Sume tak boleh..
  • Tak boleh guna plugin selain dari diorg bagi..
Nota tambahan : Kalau korang menjadi pengguna VIP di wordpress.com korang boleh buat sume tu..tapi berbayar lah faham?
WordPress.org
Kelebihan :
  • Korang boleh upload themes sendiri, reka themes sendiri, beli themes berbayar, buat blog jadi ikut suka korang
  • Boleh letak plugin apa korang suka dan korang nak
  • Korang boleh ikut suka ubah coding php dia kalau korang reti lah..
Kekurangan :
  • Korang kena ada server sendiri atau server yang disediakan syarikat luar.Jadi kena bayar lah!
  • Korang kena tau sikit hal technical jika nak start
  • Spam sume korang kena handle sendiri
  • Kena backup sendiri blog korang, takda orang peduli pun
  • kena update sendiri
  • Kalau user ramai bandwitch boleh habis, maknanya slow la nanti, silap-silap down!
Dalam bengkel nanti,korang akan mendapat wordpress sendiri dan ianya FULL Version!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Apa kata anda?